Pertukaran Suka Sama Suka




Terma dan Syarat Pertukaran Suka Sama Suka (P3S)

  1. Umum
    • Sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) merupakan platform bagi pegawai-pegawai lantikan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memohon pertukaran secara persetujuan bersama.

    • Permohonan dibuka sepanjang tahun.

    • Pegawai yang diluluskan dalam P3S TIDAK BOLEH membatalkan permohonan pertukaran dan permohonan baharu hanya boleh dimohon selepas dua (2) tahun mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa.

    • Pegawai hendaklah melaporkan diri secara SERENTAK bersama pasangan pertukaran. Kegagalan mana-mana pihak melaporkan diri ke tempat kerja baharu akan menyebabkan pertukaran tersebut TERBATAL.

    • Pegawai yang sedang Cuti Separuh Gaji atau Tanpa Gaji hendaklah MEMENDEKKAN cuti sekiranya permohonan pertukaran BERJAYA

    • Kementerian berhak MEMBATALKAN permohonan sekiranya terdapat maklumat yang TIDAK BENAR.

  2. Syarat Kelayakan Permohonan Pastikan pegawai yang memohon tidak tergolong dalam kategori berikut:
    • Markah penilaian prestasi kurang 75%.

    • Sedang dalam prosiding tatatertib.

    • Menghadapi masalah kesihatan dan menjalani rawatan pemulihan atau dibawa ke Lembaga Perubatan.

    • Lantikan kontrak (CoS) dengan baki kontrak perkhidmatan kurang daripada enam (6) bulan.

    • Lantikan kontrak interim.

    • Dalam tempoh peralihan perkhidmatan (Pemangkuan, Peminjaman dan Penempatan silang).

    • Sedang dalam cuti belajar (bergaji penuh/separuh gaji/tanpa gaji).

    • Dalam program penilaian (Sila rujuk garis panduan).

    • Tempoh berkhidmat di penempatan semasa kurang dari 2(dua) tahun


  3. Pengesahan dan Persetujuan
    Semua pegawai hendaklah bersetuju dengan syarat-syarat ini dan membuat pengesahan bahawa mereka tidak tergolong dalam kategori yang tidak layak.

  4. Hak dan Tanggungjawab
    Kementerian Kesihatan Malaysia berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis. Pegawai dinasihatkan untuk menyemak halaman ini dari semasa ke semasa.

Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah dinyatakan di atas.

Loading...